tempat menarik di melaka

Mari Melancong ke Malaysia

Tempat Menarik Di Malaysia

Malaysia sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, mempunyai 14 buah negeri yang mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi bersama keluarga. Lihat senarai di bawah untuk tempat menarik di Malaysia

1. Melaka

Di kenali sebagai negeri yang terawal di Semenanjung Malaysia, Melaka mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawati. Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Kenali sejarah permulaan Malaysia dan pemerintahan British di Malaysia dengan sejarah Melaka. Disini terdapat pelbagai tempat bersejarah yang anda boleh kunjungi sambil pelajari sejarah negara kita.

Lihat tempat menarik di Melaka yang anda boleh lawati seperti di bawah.

1. Freeport A’famosa Outlet Village

2. The Pirate Adventure Melaka

3. The Shore Sky Tower

4. Melaka Upside Down House

5. Street Art Melaka

tempat menarik di melaka

Anda mungkin berminat baca mengenai tempat menarik di Melaka. Ikut link ini sekarang dan baca: http://teguhprasetyo.com/tempat-menarik-di-melaka-11-tarikan-terbaru-2016/

2. Pulau Pinang

Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang atau Penang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai.

Pastikan anda tidak terlepas daripada senarai tempat menarik di penang ini.

1. PENANG ESCAPE THEME PARK

2. MUZIUM MAINAN (TOY MUsEUM)

3. BUKIT BENDERA, PENANG

4. PANTAI BATU FERRINGHI, PENANG

5. PENANG STREET ART

3. Perak

Dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan, adalah merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah. Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di barat laut Perak.

Terdapat pelbagai tempat menarik di Perak yang anda perlu tahu kerana Perak adalah negeri kedua terbesar yang merangkumi 8 daerah di dalamnya.

1. Art Of OldTown (Ipoh Street Art)

2. Menara Condong Teluk Intan

3. Bukit Larut (Maxwell Hill)

4. Gua Tempurung

5. Kellie’s castle

4. Cameron Highland

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highland, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

Lihat senarai di bawah untuk tempat menarik di Cameron Highland:

1. LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS

2. CAMERON ADVENTUROUS

3. PASAR MALAM SUNGAI RUIL

4. BIG RED STRAWBERRY FARM

5. CACTUS VALLEY

5. Langkawi

Pulau Langkawi adalah salah satu daripada lokasi utama pelancongan di Malaysia. Ianya merangkumi 99 pulau yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia di sepanjang Selat Melaka. Berkeluasan hampir 48,000 hektar, Pulau ini dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi. Selain itu, Pulau Langkawi dan lagendanya tidak dapat dipisahkan, terutamanya Mahsuri.

Lihat senarai di bawah untuk megetahui tempat menarik di Langkawi:

1. Kereta Kabel Langkawi

2. Skybridge

3. Oriental Village

4. Air Terjun Telaga Tujuh

5. Pulau Payar Marine Park

Saksikan video kereta kabel Langkawi ini. menarik sekali

Konklusi

Kami berharap dengan artikel ini anda akan lebih melancong di dalam negara berbanding luar negara. Kongsi lah artikel ini bersama rakan anda jika ini bermanfaat kepada anda.